Tuesday, March 23, 2010

kuasa mahkamah...

kata orang mahkamah adalah tempat menuntut keadilan...
betulkah begitu???
jawapannya ada di dalam diri masing-masing.

bagi saya mahkamah adalah tempat yang memutuskan silaturrahim...
walau  diantara sahabat yang paling ikrab, atau keluarga yang paling rapat,  tetapi bila penyelesaiannya hanya boleh diselesaikan melalui mahkamah.... pasti ikatan persahabatan dan keikraban itu akan hancur di depan hakim..

Apa boleh buat.... bila terpaksa.. ikatan itu pasti akan menjadi pudar..
Wallahualam.

Sunday, March 21, 2010

bakat atau potensi.....?

Bakat menulis... atau potensi untuk menulis??

Semua orang mempunyai keupayaan untuk menulis, cuma gaya penulisan kita yang menjadikan tulisan kita disukai oleh pembaca atau tidak... dan itulah yang membezakan kita semua bila menulis..

Saya suka menulis, dibangku sekolah saya menulis untuk majalah sekolah, bila masuk universiti, saya menulis sajak atau cerpen untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh pehak kolej. Ada yang mendapat hadiah... dan ada juga yang dibakulsampahkan!

Bila sudah membina keluarga & berkerjaya, dan usia semakin meningkat, masa sangat cemburu dengan urusan seharian, maka  potensi menulis pun menjadi semakin pudar.

Dan bila Sdr Iskandar mempelawa untuk menyertai blog ini, saya dengan senang hati menerimanya tanpa mengetahui apakah kandungan di dalamnya....

Semoga ianya dapat memberikan sesuatu untuk dikongsi bersama.
Salam Perkenalan!

Saturday, March 20, 2010

Panasnya Hari Ni

Hari ini agak panas. Kami ke pesta belon panas, bukan belon yang panas, tapi cuaca pun panas. Mana boleh tahan lagi. Dosa orang dulu menebang pokok, kami anak-anak muda terpaksa menanggung. Mereka kaya raya, kami menderita.

Puteriku

Puteri dah hampir sepuluh bulan. Dah mula menatih. Ada banyak juga perkara baru yang dia tunjukkan. Amat menakjubkan.

Friday, March 19, 2010

Salam Perkenalan

Salam,
Terima kasih kerana mempelawa saya ke blog ini. Memang saya berminat menulis tetapi saya tidak tahu bagaimanamana untuk mulakannya. Apakah yang dimaksudkan menulis secara bebas? Adakah ia bermaksud Freelancing?

Posting Pertama

Salam, selamat datang ke blog Cuma Lima Minit. Blog ini ditulis sebagai pelantar untuk mereka yang sibuk untuk menulis bebas (free writing) secara berkumpulan. Tujuan blog ini adalah untuk mengasah bakat penulisan. Jika anda rasakan sesuai, sila hubungi saya (Iskandar) untuk dipelawa sebagai ahli.

Oops, lima minit saya dah tamat.